Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Mesyuarat khas bagi menyelaraskan kawalan keselamatan ke atas kapal layar mewah Equanimity telah diadakan semalam melibatkan pelbagai agensi berkaitan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Beliau berkata selain pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut terlibat mengawal kapal layar itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Boustead Naval (BN) Shipyard .

“Kawalan diselaraskan secara 24 jam dengan 18 kru kapal bertugas di dalam kapal itu,” katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai Kor Suksis Universiti Awam kali ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City di Tanjung Malim, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kapal mewah Equanimity tidak akan dipamerkan kepada umum bagi menjaga kualiti serta kekemasan kapal itu.

Kapal layar itu dianggarkan bernilai RM1 bilion, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang selepas tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS