Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Nooh Gadot terima 9 jahitan
Diterbitkan:  Aug 12, 2018 5:54 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Bekas mufti Johor, Datuk Nooh Gadot terlibat dalam kemalangan jalan raya, apabila kereta yang dipandu beliau terbabas ke dalam longkang di Taman Nong Chik di Johor Bahru, sekitar tengah hari tadi, lapor media tempatan.

Menurut BH Online, Nooh yang juga Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu akibat kecederaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, dipetik BH Online berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 1.47 tengah hari sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal kami dapati Nooh dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan apabila cuba memasuki kediamannya di tempat kejadian, kereta dipandunya itu terbabas ke dalam longkang.

"Beliau hanya cedera ringan iaitu lebam di dahi sebelah kanan dan luka di dagu.

“Hanya cermin, bahagian depan dan belakang kereta Mercedes Benz yang dipandunya rosak akibat kemalangan itu,” katanya, petik akhbar itu lagi.

Lihat Komen
ADS