Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengusaha bas minta k'jaan kurang harga diesel

Konsortium E-Mutiara Berhad memohon kerajaan agar mengkaji kembali harga diesel bagi mengurangkan beban kepada pengusaha pengangkutan awam.

Pengerusi Eksekutifnya Che Ibrahim Che Ismail berkata jika harga bahan api tersebut dapat dikurangkan, ia akan memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi syarikat pengangkutan.

“Hampir 10 tahun tiada kenaikan tambang bas jadi kita harap sekurang-kurangnya ada perubahan positif dari penurunan harga diesel terutama kepada pengusaha bas

“Kos operasi sentiasa meningkat, tetapi tambang bas masih pada tahap yang sama,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Terminal Bas Lembah Sireh di Kota Bharu, hari ini.

Program tersebut dilancarkan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Ahmad Robert Abdul Rahim.

Pada kempen itu, Konsortium E-Mutiara Berhad mengedarkan sebanyak 2,000 bendera Jalur Gemilang sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang untuk menyuntik semangat patriotisme khususnya kepada generasi muda.

Che Ibrahim berkata, program julung kali diadakan itu melibatkan kira-kira 300 pekerja syarikat berkenaan termasuk pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu serta penumpang bas dan pengguna jalanraya di sekitar Terminal Bas Lembah Sireh.

- Bernama

Lihat Komen
ADS