Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Guan Eng: Kenangkan nasib rakyat, sakit hati tengok Equanimity

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyatakan rasa sedihnya terhadap rakyat ketika beliau memasuki dan melihat kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low.

Guan Eng berkata kapal tersebut sangat mewah dan begitu cantik namun dari satu sudut beliau berkata beliau berasa sakit hati apabila mengenangkan nasib yang diperlakukan terhadap rakyat.

"Semalam saya pergi tengok kapal itu menemani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bagaikan mimpi punya hebat… tapi kita tengok pun kita rasa sedih dan sakit hati kerana ini semua rakyat punya wang kalau kita boleh gunakan wang ini untuk rakyat betapa baiknya.

"Itulah sebabnya kita menggalakkan semua organisasi seperti One Hope Charity ini kerana kerajaan kurang wang… kita galakkan anda buat banyak program seperti ini," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-16 One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) Berhad, di Juru Auto City, di Bukit Mertajam.

Guan Eng berkata kerajaan juga sedang dalam proses mengkaji bagi memberi pengecualian cukai kepada persatuan-persatuan dan badan bakan kerajaan (NGO) tertentu yang aktif melakukan program amal dan bantuan.

"Ia akan dikaji dan pengecualian boleh dibuat sehingga 7 peratus dan ia akan diumumkan pada belanjawan 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini," katanya.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu pemilik kapal itu dipercayai milik Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Sementara itu, seramai 2,500 orang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan menerima barangan keperluan harian menerusi program tersebut.

Pengerusi One Hope Charity Chua Sui Hau berkata, pada majlis itu juga sebanyak 7,000 set makanan percuma diberikan kepada orang ramai yang hadir.

Chua berkata, pada 2017, dana yang dikeluarkan One Hope Charity berjumlah melebihi RM4.22 juta dan pada hari ini sahaja melibatkan RM1juta.

"Selain itu, hari ini pihak kami juga menyediakan 300 set barangan keperluan harian bernilai RM90,000 kepada kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai menghargai jasa mereka dalam melaksanakan tugas harian," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS