Paling Popular
Terkini

PARLIMEN | Kerajaan membentangkan rang undang-undang untuk memansuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan diserap ke dalam Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-Undang SPAD (Pembubaran) 2018 akan dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk bacaan pertama di dewan.

Sementara Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 akan menyerahkan fungsi, kuasa, hak, tugas, dan tanggungjawab suruhanjaya itu kepada ketua pengarah Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri pengangkutan yang diberi kuasa lebih besar di bawah Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan), akan memperkenalkan peraturan berhubung perkara berkenaan.

Menteri boleh memberikan kuasa kepada pihak tertentu untuk menjalankan tugas ketua pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam soal perlesenan.

Ini termasuklah lesen untuk terminal, operator perkhidmatan pengangkutan awam, kenderaan pelancongan, operator kenderaan muatan barangan, operator perkhidmatan kereta api dan lesen pembukaan landasan kereta api.

Ketua pengarah yang dilantik akan menguruskan soal bayaran.

Kedua-dua rang undang-undang itu akan diluluskan dalam persidangan 18 Ogos.

Menteri boleh mengawal selia perkara berikut, selepas mendapat cadangan daripada suruhanjaya itu:

1. Mengawal selia tanggungjawab, pelaksanaan dan syarat perkhidmatan termasuk waktu bekerja bagi pemandu dan kelindan.

2. Mengawal selia jumlah pekerja yang diambil bekerja sebagai pemandu, kelindan dan orang lain.

3. untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan lesen dan operator berlesen berkenaan dengan gangguan perkhidmatan.

4. untuk mengawal selia penumpang yang menaiki kenderaan awam.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS