Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang didominasi oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan minggu lalu, kata Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat.

Penubuhan itu dibuat sehari selepas Dewan Rakyat bersetuju melantik Ronald Kiandee (BN-Beluran) dan Wong Kah Woh (Harapan-Ipoh Timur) masing-masing sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi pada 7 Ogos.

Pada 8 Ogos, Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Yusof melantik 12 anggota lain menyertai PAC.

Daripada jumlah itu, HARAPAN diwakili oleh sembilan anggota parlimen (termasuk Kah Woh), sementara tiga dari BN. PAS dan PBB masing-masing mempunyai seorang wakil.

Anggota parlimen HARAPAN dalam jawatankuasa itu ialah: Dari PKR - Wong Chen (Subang), Akmal Nasir (Johor Bahru), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Steven Choong (Tebrau).

Dari DAP pula, selain Wong, dua yang lain adalah Wong Hon Wai (Bukit Bendera) and Wong Shu Qi (Kluang).

Sementara wakil tunggal dari AMANAH dan BERSATU masing-masing ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Muslimin Yahaya (Sungai Besar).

Selain Kiandee, dua yang lain wakil BN adalah bekas pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin (Rompin) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).

Robert Lawson Chuat (Bentong) yang merupakan wakil PBB merupakan satu-satunya anggota parlimen dari Sarawak yang dilantik menyertai jawatankuasa itu.

Lapan anggota jawatankuasa itu merupakan anggota parlimen buat kali pertama.

[Baca berita asal]