Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HARAPAN semak semula RUU keharmonian nasional
Diterbitkan:  Aug 13, 2018 5:34 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang menilai semula RUU keharmonian nasional yang diusahakan oleh pentadbiran BN dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial), P Waythamoorthy berjanji akan berunding dengan semua pihak berkepentingan.

"Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (NUCC) pada 2015 mendraf beberrapa RUU seperti RUU Kebencian Kaum dan Agama, RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.

"Draf rang undang-undang ini tidak berkembang selepas NUCC menjadi tidak aktif pada tahun 2015. Jabatan Perpaduan Negara, di bawah pemerintahan Barisan Nasional ketika itu, dalam interim telah merangka RUU Keharmonian Nasional dengan memasukkan suatu suruhanjaya di dalamnya.

"Kerajaan HARAPAN sedang dalam proses menilai kembali draf RUU baru ini dan akan melibatkan semua pihak yang berkepentingan termasuk anggota NUCC bagi penggal 2018-2020, pihak awam yang berkepentingan dan berbagai NGO untuk mendapatkan masukan mereka sebelum memperoleh maklum balas daripada jabatan peguam negara dan agensi berkaitan lain dalam pentadbiran sekarang," katanya.

Gubal undang-undang perlu rundingan

Waythamoorthy mengulas kebimbangan yang dikemukakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang menggesa kerajaan untuk berunding dengan pihak berkepentingan dalam penggubalan undang-undang baru.

Waythamoorthy berkata beliau akan memastikan ini dilakukan berhubung dengan sebarang rang undang-undang yang berkaitan dengan hubungan antara kaum.

"Saya juga bimbang dengan ketidakharmonian di kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh kerajaan sebelum ini dalam usaha untuk mengekalkan kuasa politik negara.

"Kerajaan HARAPAN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berusaha mengukuhkan dan memperkuat hubungan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

"Kemajuan dan pembangunan negara tidak bermakna jika rakyat Malaysia berpecah-belah yang membawa kepada ketidakharmonian," katanya.

Lihat Komen
ADS