Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kita sekat projek, bukan pelancong, kata menteri

Jumlah pelancong China tetap meningkat walaupun kerajaan menggantung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammaddin Ketapi.

"(Pelancong China) terus meningkat, tak ada kesan politik. Kita tengok peningkatan dia memang ada.

“Sekatan itu bukan (sekatan) pelancong masuk, itu sekatan projek. Kalau sekatan pelancong masuk, tak adalah," katanya.

Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggantung projek dengan China yang melibatkan hampir RM90 bilion.

Beliau dilihat bersungguh-sungguh untuk tidak meneruskan projek-projek berkenaan kecuali harganya diturunkan.

Ini termasuklah ECRL yang dikatakan bernilai RM80 bilion yang melibatkan China Communications Construction Company (CCCC) dan dua projek saluran paip iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) yang bernilai RM9.4 bilion.

Lihat Komen
ADS