Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan akan ada pembersihan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Katanya, jika terdapat penyelewengan dalam LTAT, ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang.

"Tak ada. Tak ada bersih apa-apa. Kalau ada penyelewengan, itu bawah Tan Sri Amrin Buang.

“Tak ada apa pembersihan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Memetik sumber kerajaan, Free Malaysia Today hari ini melaporkan kerajaan sedang menyasarkan beberapa dana lain yang menguntungkan, selepas berjaya “membersihkan” Khazanah Nasional.

Laporan itu menyebut, pembersihan kini tertumpu kepada LTAT yang menguruskan kutipan wang tentera.

Lembaga itu meraih keuntungan sebanyak RM667 juta pada tahun lalu.

Menurut laporan itu lagi dana LTAT itu mempunyai kira-kira RM9 bilion yang disumbangkan ahlinya.

Katanya, Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan beberapa leftenannya mungkin menjadi sasaran kerajaan.

Sumber itu berkata, Lodin setakat ini berjaya mengelak daripada cubaan menyingkirkannya daripada LTAT.

Julai lalu Amrin berkata pihaknya akan memulakan siasatan membabitkan beberapa projek di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan.

Amrin berkata jawatankuasa tersebut diberikan mandat oleh kerajaan untuk menyiasat kes-kes perolehan dan pembelian aset yang mencurigakan kementerian dari segi penyelewengan, salah guna kuasa atau pembaziran kewangan negara.

Lihat Komen
ADS