Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PRK Balakong: MCA pilih pemimpin pemuda Tan Chee Teong

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mengumumkan Ketua Pemuda MCA Cawangan Batu 11 Cheras Tan Chee Teong sebagai calon parti mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong.

Tan dijangka berdepan Ketua Pemuda DAP Serdang Wong Siew Ki dalam apa yang digambarkan sebagai 'pertembungan pemimpin akar umbi'.

Buat pertama kali, MCA membuat keputusan bertanding logo mereka sendiri dalam PRK ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Balakong kosong setelah penyandangnya mendiang Eddi Ng meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lalu.

Hari pencalonan akan diadakan pada 18 Ogos dan pengundian pada 8 September.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS