Dedahkan laporan IRC kepada umum, kata anggotanya
Anggota Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) Datuk Mah Weng Kwai menggesa laporan jawatankuasa itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, didedahkan kepada umum.
Laporan itu sebelum ini dilaporkan mengandungi cadangan untuk pembaharuan Parlimen, pilihan raya, badan kehakiman, pegawai dan perkhidmatan undang-undang, agensi anti-rasuah, pasukan polis dan imigresen, komunikasi media dan maklumat serta hak asasi manusia.
Bercakap dalam sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini, Mah melahirkan keyakinan terhadap respon kerajaan mengenai cadangan itu dan berkata Mahathir telah menerima laporan itu dengan baik.
"Melangkah ke hadapan, (ini adalah sesuatu) yang saya fikir saya dan (anggota IRC) Ambiga Sreenevasan berkongsi dengan penuh semangat, yang mana laporan ini didedahkan secara terbuka.
"Saya pastinya akan sangat kecewa jika ini dianggap sebagai satu lagi amalan (di mana) semua orang fikir kita melakukan sesuatu mengenainya tetapi kemudian ia akan ditangguhkan," katanya semasa forum: Freedom of Speech and Expression: A New Malaysian Perspective on the Challenges of a Post-Truth Age.

