Nisha dakwa ada mak nyah kena pukul
Aktivis transgender Nisha Ayub mendakwa golongan itu kini menjadi sasaran golongan transfobia (antitransgender).
Beliau mendedahkan komunikasinya dengan seorang individu yang mendakwa terdapat golongan transgender diserang oleh sekumpulan lelaki.
"Alasan mereka pukul adik-adik sebab tak suka adik-adik," perbualan itu dipetik.
Bagaimanapun, menurut individu yang identitinya itu tidak didedahkan, kumpulan penyerang telah pun ditangkap oleh polis.
Individu itu juga berkata kumpulan itu memberitahu polis bahawa mereka tidak suka golongan transgender.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Nisha berkaitan dakwaan itu.
Sementara itu, menulis di Facebook, Nisha berkata pihak media, ahli politik dan kerajaan perlu melindungi golongan itu.
“Sekarang kamu nampak kan maksud saya?” katanya.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana polis telah bertindak menangani perkara itu.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.