Najib: Saya tak campur tangan dalam Umno lepas berundur
Diterbitkan: Aug 15, 2018 1:47 PM | Dikemas kini: Aug 15, 2018 1:48 PM
Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata gesaan supaya menjarakkan diri dengan parti itu tidak timbul.
Katanya, sejak meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti.
“Zahid amat bebas untuk membuat keputusan.
“ Sebagai contoh, berhubung pelantikan penjawat parti dan calon (pilihan raya) Sungai Kandis dan semua itu,” katanya.
“Saya dukung dia sebagai presiden dan berikan kerjasama penuh,” kata Najib kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Najib patut ke tepi dan membenarkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi Umno ke depan.

