Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali berkata bukan beliau yang menawarkan kerusinya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau menegaskan tidak pernah berhubung dengan Anwar atau wakilnya berkaitan perkara itu.

"Bukan saya (akan kosongkan kerusi). Saya tak pernah bertemu dengan dia (Anwar).

"Tak ada (berhubung dengan Anwar). Tak dihubungi sesiapa pun. Bukan saya.

“Setakat ini saya wakil rakyat bebas dan fokus saya adalah untuk Bagan Serai," ujarnya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berkaitan spekulasi seorang anggota parlimen bebas di Perak bersedia mengosongkan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen.

Hanya dua orang anggota parlimen bebas di Perak. Selain beliau, ialah anggota parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal.

Perkara itu dilaporkan Free Malaysia Today hari ini yang memetik sumber.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Anwar bagi mendapatkan ulasannya.

Lihat Komen
ADS