Helikopter terhempas di Subang, 2 juruterbang cedera ringan
Diterbitkan: Aug 15, 2018 4:36 PM | Dikemas kini: Aug 15, 2018 4:38 PM
Dua juruterbang cedera ringan selepas helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata helikopter milik sebuah syarikat itu dipercayai terhempas ketika membuat penerbangan ujian di kawasan padang rumput 'helicentre’ di lapangan terbang itu pada 8.05 pagi.
“Juruterbang berusia 59 dan 70 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata insiden itu tidak menyebabkan gangguan operasi harian LTSAAS.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.