Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low belum fail cabaran berhubung rampasan Equanimity

Berikutan ketibaan kapal ekuiti Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) minggu lepas selepas penyerahannya oleh pihak berkuasa Indonesia, masih belum ada sebarang cabaran di mahkamah berhubung rampasannya sehingga semalam.

Ini berikutan pencarian fail mahkamah yang dijalankan oleh Malaysiakini berhubung kes itu yang dijangka muncul semula hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kapal tiba di Malaysia berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Admiralty pada 7 Ogos.

Jho Low, yang dikatakan memiliki kapal layar mewah itu, mendakwa rampasannya adalah tidak sah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa rampasan itu sah dan dilakukan mengikut undang-undang admiralty. Mereka meminta Jho Low untuk mencabarnya di mahkamah jika dia mahu menuntut kapal layar mewah itu.

Thomas juga membayangkan kemungkinan kapal itu dijual dan hasilnya disimpan dalam simpanan tetap kerana pembelian didakwa menggunakan dana dari 1MDB.

1MDB dan dua anak syarikatnya - 1MDB Energy Holdings Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd - serta kerajaan Malaysia yang menjadi plaintif untuk kes itu, telah menamakan pemilik Equanimity yang berpangkalan di Kepulauan Cayman sebagai defendan dalam kes itu.

Surat yang dikeluarkan oleh sheriff atau timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Mohd Zamir Suhaimee semalam, yang dilihat oleh Malaysiakini, menyebut bahawa Marine and Offshore Solution Sdn Bhd telah dilantik oleh mahkamah sebagai 'ship chandlers' untuk tempoh kapal itu berada di sini sehingga ianya dijual.

'Ship chandlers' adalah seorang peniaga runcit dengan pengkhususan dalam bekalan dan peralatan untuk kapal.

Tidak pasti apa yang dijangkakan dalam prosiding mahkamah hari ini mengenai kes Equanimity.

Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS