EAIC nafi dakwaan peguam, laporan kematian dalam tahanan diklasifikasi sulit
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menafikan dakwaan seorang peguam bahawa laporannya terhadap mangsa kematian tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed dikelasifikasikan sebagai sulit
Ia berkata laporan itu diterbitkan dan diumumkan pada 30 Oktober 2015.
Sebaliknya, EAIC berkata maklumat yang diminta oleh peguam M Visvanathan untuk saman sivil, bukan sebahagian daripada laporan itu.
"Firma guaman itu mahu mempunyai senarai terperinci saksi yang telah memberikan kenyataan kepada EAIC dalam penyiasatan kematian Syed Mohd Azlan.
"Malah dari surat itu sendiri, jelaslah bahawa firma guaman itu mempunyai akses kepada laporan itu dan bahkan memfailkannya sebagai dokumen plaintif," katanya.
Berkenaan dengan senarai dan butiran saksi yang telah memberikan pernyataan kepada EAIC berkata, suruhanjaya itu tidak mempunyai obligasi untuk memberi atau mendedahkan sebarang maklumat terperinci," katanya dalam satu kenyataan malam tadi,
EAIC berkata ia telah memaklumkan Visvanathan mengenainya dalam surat 28 Jun.
Dalam surat itu, yang ditunjukkan kepada media semalam, EAIC berkata ia tidak mahu risiko mendedahkan saksi-saksinya kepada umum.
Surat EAIC juga memetik Seksyen 52 Akta EAIC 2009.

