Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Malaysia berminat meneroka teknologi e-dagang terkemuka dunia kumpulan Alibaba bagi manfaat rakyat Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri berkata Alibaba Group Holding Ltd telah memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden demi kepentingan rakyat.

“Kami mahu memanfaatkan idea teknologi moden anda supaya ia memberi faedah kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika melawat ibu pejabat Alibaba di tempat asal pengasasnya, Jack Ma di Hangzhou.

Dr Mahathir berkata Alibaba sangat memahami kehebatan teknologi, sambil memberitahu perniagaan secara dalam talian yang dihasilkan telah mengambil kira sistem penyampaian akaun, kepantasan serta akses kepada maklumat dan data.

Perdana Menteri, yang kini memasuki hari kedua lawatan rasmi selama lima hari ke China bercakap di hadapan Ma dan pasukan pengurusan tertingginya pada sesi taklimat oleh kedua-duanya di ibu pejabat syarikat itu.

Berkongsi pengalamannya sendiri dalam mengusahakan perniagaan kedai roti, perdana menteri memberikan contoh bahawa perniagaan seumpama itu boleh dijual di pasaran kecil tanpa dalam talian, namun mampu mencecah sehingga 90,000 orang jika dipasarkan secara dalam talian.

Katanya pasaran itu mungkin boleh diperluaskan lagi sekiranya ditambah baik dengan sistem penyampaian (pintu ke pintu), kepantasan serta menggunakan sepenuhnya akses kepada maklumat dan data, kata Dr Mahathir yang memulakan perniagaan kedai roti tersebut selepas melepaskan jawatan perdana menteri pada 2003.

Sementara itu, Ma berkata beliau sebenarnya mendapat ilham untuk menceburi perniagaan tersebut sejak 23 tahun lepas, semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri keempat.

“Apabila kali pertama saya mendengar mengenai MSC, saya tidak tahu apa-apa mengenai Internet. Terima kasih tuan di atas inspirasi itu,” kata Ma yang mengurus syarikat berkenaan dengan modal pasaran sebanyak US$542 bilion sehingga akhir Jun lepas.

Diasaskan pada 1999, Alibaba kini merupakan satu daripada 10 syarikat paling besar dan bernilai tinggi di dunia dengan beroperasi di lebih 200 negara.

Ma berkata syarikat itu menyasarkan jualannya mencecah US$1 trilion tahun depan atau bersamaan Keluaran Dalam Negara Kasar sebuah negara.

Beliau berhasrat membantu dan berkongsi teknologi Alibaba kepada perniagaan kecil serta golongan belia di seluruh dunia.

“Saya mahu membantu perniagaan kecil, melahirkan lebih banyak pekerjaan untuk generasi muda dengan teknologi yang ringkas, murah dan mudah digunakan,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS