mk-logo
Berita
'BN korup, minta 30 peratus saham dari pelabur China untuk orang tertentu'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.

Beliau berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini.

Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.

"Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur," katanya.

Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

"Mereka (agensi kerajaan) harus mengikut corak tertentu dan mereka diberi masa tertentu untuk membuat keputusan.

"Jika tidak, mereka akan ditanya kenapa. Kenapa kamu menolak dan mengapa kita tidak bersetuju? Mereka perlu menjawab soalan itu," katanya.

Mahathir turut memberikan keyakinan sekiranya komuniti perniagaan China melabur di Malaysia, tidak akan berlaku perbuatan mendapatkan wang daripada mereka sebelum sesuatu projek diluluskan.

Beliau berkata apabila sesuatu projek mematuhi syarat ditetapkan  negara ini, pelabur akan diberikan kelulusan secepat mungkin.

"Saya berharap apa yang berlaku kepada anda tidak akan berlaku lagi, tetapi jika anda masih mempunyai aduan, anda boleh menghantarnya kepada saya secara peribadi," katanya.

[Baca berita asal]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini