Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Afghanistan, Taliban gantung senjata untuk raya haji
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 2:33 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

GLOBAL | Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengumumkan gencatan senjata dengan puak pemberontak Taliban mulai hari ini bagi menghormati sambutan Hari Raya Aidiladha minggu ini.

Gencatan senjata itu diumumkan beberapa hari selepas pertempuran di pusat bandar Ghazni dan utara Afghanistan.

Sumber Taliban memberitahu Reuters, pemimpin mereka bersetuju dengan gencatan senjara empat hari walaupun pemimpin utama mereka Sheikh Haibatullah Akhunzada belum mengeluarkan kenyataan muktamad.

Tanpa mengulas lanjut, pergerakan bersenjata itu juga berkata mereka akan membebaskan ratusan tahanan.

Taliban berjuang melawan tentera Afghanistan dan pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selepas kerajaannya dijatuhkan Amerika Syarikat pada 2001.

Lihat Komen
ADS