Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
M'sia, China tandatangani usaha sama hasilkan produk berasaskan sawit

Pada hari terakhir lawatannya ke China hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sime Darby Plantation Berhad dan China National Cereals, Oils and Foodstuffs Corporation (Cofco).

Salah satu syarikat pemprosesan makanan dan bekalan pertanian milik kerajaan China, Cofco akan bekerjasama dengan Sime Darby dalam satu usaha sama bagi mewujudkan kilang penghasilan produk berasaskan kelapa sawit di Malaysia untuk pasaran China.

Memorandum ditandatangani Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi Cofco Oils and Oilseeds Dong Wei dan diadakan di Beijing.

Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kerjasama seumpama itu akan mengundang lebih banyak pelabur asing untuk membangunkan industri hiliran di Malaysia untuk menghasilkan produk berasaskan kelapa sawit.

Kelapa sawit adalah komoditi yang sentiasa berdepan ketidakstabilan harga di pasaran dunia. Cofco adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan di China dan ia pasti akan menggunakan minyak sawit.

"Justeru kita mengundang Cofco menerusi usaha sama dengan Sime Darby dan mewujudkan kilang di Malaysia untuk menggunakan minyak sawit kita bagi penghasilan produk mereka, dan kita boleh eksport ke pasaran China dan negara lain juga," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS