Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahathir: Saya mahu Daim terus di CEP
Diterbitkan:  Aug 21, 2018 1:32 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

"Tidak, tidak, dia (Daim) yang kata 100 hari, saya tidak pernah sebut 100 hari (tempoh untuk CEP).

"Saya mahu dia terus," kata Mahathir pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Beijing apabila ditanya sama ada tempoh CEP yang sudah berakhir selepas 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara.

Mahathir berkata bahawa khidmat Daim masih diperlukan kerana kepakarannya.

"Saya sudahpun ada empat agensi lain bagi menyiasat 1MDB dan lain-lain tetapi Daim mempunyai akses kepada banyak maklumat.

"Saya fikir adalah berguna untuk dia meneruskan tugasnya. Saya belum memecatnya.

"Selain itu, saya belum membayarnya satu sen pun (tapi) dia bekerja 24 jam sehari," katanya.

Anggota lain CEP adalah bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram dan jutawan, Robert Kuok.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS