Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Lawatan Dr M ke China gagal, mungkin Beijing terganggu
Diterbitkan:  Aug 22, 2018 12:37 AM
Dikemaskini: 4:38 PM

MCA percaya lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China telah gagal, menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee mendakwa Dr Mahathir gagal mencapai matlamat kunjungan itu, termasuklah merundingkan untuk menurunkan kos projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas (TSGP) di Sabah.

Menurut Wee berdasarkan laporan media, China kelihatan tegas mengenai kos tiga projek berkenaan.

"Saya terkejut dan kecewa dengan keputusan Mahathir membatalkan ECRL dan dua projek saluran paip gas serta mengumumkannya ketika masih berada di Beijing.

"Ia tidak bagi untuk hubungan kita di China, memandangkan projek ini melibatkan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) yang menjadi keutamaan China," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Pada sidang akhbar perdana menteri sebelum kembali ke Malaysia, beliau memberitahu pemberita di Beijing Malaysia akan mencari jalan untuk menarik diri daripada projek tersebut dengan kos paling rendah yang mungkin tetapi mengeluh kerana masih terpaksa membayar pampasan.

"Tapi ini kebodohan orang kita sendiri. Kami tidak boleh menyalahkan China atas hal ini," katanya.

Rundingan mesra

Jurucakap Kementerian Luar China berkata Lu Kang berkata masalah memang tidak dapat dielakkan dalam sebarang bentuk kerja sama.

"Apabila masalah timbul ia patut diselesaikan melalui rundingan mesra dengan melihat usaha menumbuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang hangat.

"Saya boleh katakan inilah persetujuan yang dicapai kedua belah pihak ketika lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad," katanya.

Manakala itu, Timbalan Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata sayap pemuda parti itu menyokong pembatalan projek berkenaan, menyebut kosnya yang terlalu tinggi.

Faiz juga mendesak bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disiasat berkaitan projek yang dibatalkan itu.

"Projek-projek ini melibatkan kos yang begitu tinggi iaitu RM55 bilion bagi ECRL dan RM9.4 bilion bagi projek saluran paip MPP dan TSGP.

"Ini adalah kerana projek ECRL didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 billion.

"Projek saluran paip MPP dan TSGP pula melibatkan terma kontrak yang luar biasa di mana bayaran dibayar mengikut tempoh dan bukannya kemajuan kerja di mana 88 peratus bayaran telah dibuat walaupun kemajuan kerja baru mencapai 13 peratus," katanya dalam suatu kenyataan berasingan malam ini.

Lihat Komen
ADS