Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji kepada para pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana juga anda berada.

Sempena hari kebesaran memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT, kami akan beroperasi dengan jumlah kakitangan yang terhad.

Petugas Malaysiakini akan turut bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang menyambut hari kebesaran ini.

Berhati-hati di jalan raya dan kami akan menemui anda seperti biasa pada Isnin, 27 September ini.