Berita Malaysiakini

Siapa bakal duduki JK pilihan khas pelantikan jawatan utama awam?

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat masih belum bermesyuarat bagi membincangkan calon-calon yang akan duduk pada JKPK Mengenai RUU dan JKPK Mengenai Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, kata anggota JKPK Dewan Rakyat, Tan Kok Wai

"Jawatankuasa Pilihan Khas masih belum memutuskan tarikh mesyuarat berikutnya," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Jawatankasa Pilihan Khas Dewan Rakyat itu dijangkan akan memilih calon yang akan duduk dalam beberapa JKPK.

Berdasarkan laporan JKPK yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Majlis Mesyuarat Parlimen bersetuju menubuhkan enam JKPK.

Enam jawatankuasa pilihan khas parlimen itu ialah JKPK menimbang rang undang-undang (RUU), JKPK pelantikan jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam, JKPK bajet, JKPK pertahanan dan hal ehwal dalam negeri serta JKPK kesaksamaan gender.

JKPK Mengenai Pelantikan Jawatan Utama Perkhidmatan Awam akan bertanggungjawab dalam pelantikan pegawai kanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia.

Hal ini bertujuan mengurangkan kemungkinan campur tangan daripada pihak eksekutif dalam pelantikan jawatan supaya memastikan perlantikan dibuat berdasarkan kelayakan.

Di banyak negara yang mengamalkan sistem demokrasi Westminster, sesuatu jawatankuasa khas akan dilengkapi kakitangan penyelidik dan mendapat peruntukan kewangan untuk membantu jawatankuasa itu.

Kesemua jawatankuasa itu akan memiliki tujuh anggota dengan tempoh jawatan di antara tahun ke dua penggal.

Menurut manifesto PRU14 Pakatan Harapan, gabungan itu akan menginstitusikan sistem jawatankuasa khas parlimen bagi memantau setiap kementerian, dengan kuasa memanggil menteri dan pegawai kanannya untuk memberi keterangan.

[Baca berita penuh]