Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Akhbar: Polis siasat LHDN berhubung kes pecah amanah
Diterbitkan:  Aug 24, 2018 10:38 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Polis sedang menyiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung jenayah pecah amanah membabitkan cukai terlebih bayar yang tidak dikembalikan kepada pembayar berjumlah lebih RM14 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara itu kepada Berita Harian hari ini.

Harian itu melaporkan bahawa bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah adalah antara individu yang dijangka dipanggil memberikan keterangan.

Mohd Irwan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di Kementerian Kewangan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memperuntukkan dana mencukupi menerusi Tabung Amanah Bayaran Balik Cukai (TBBC) seperti diperlukan LHDN bagi pembayaran balik.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini dilapor berkata, kerajaan terdahulu gagal menjelaskan lebihan bayaran balik cukai pendapatan dan Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT) berjumlah RM16.046 bilion setakat 31 Mei lalu.

Menurutnya lebih 1.6 juta pembayar cukai itu termasuk syarikat, individu, persatuan dan yayasan, merangkumi rekod selama enam tahun lalu.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Lihat Komen
ADS