Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jho Low: 1MDB tergesa-gesa nak jual Equanimity, ikhtiar Dr M makan diri
Diterbitkan:  Aug 24, 2018 11:20 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Cubaan 1MDB untuk mempercepatkan penjualan kapal Equanimity menunjukkan usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyita kapal persiaran itu memakan dri, dakwa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Dalam suatu kenyataan melalui peguamnya, low berkata, "sekarang baru Mahathir tahu kos ratusan juta diperlukan untuk meyenggarakan kapal persiaran berkenaan, maka pilihan yang beliau ada hanyalah tergesa-gesa menjual kapal itu secara tidak sah pada harga dengan diskaun besar."

Permohonan untuk mempercepat penjualan Equanimity akan didengar Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur petang ini.

1MDB berkata kapal itu perlu dijual dengan cepat kerana fizikalnya merosot denan pantas kerana terdedah cuaca dan laut.

Low berkata pendengaran itu hanyalah satu penipuan dan sebahagian daripada "proses undang-undang yang tidak adil dan sewenang-wenangnya tertakluk kepada keinginan rejim penuh dendam kesumat".

Beliau juga berkata kemerosotan kapal itu adalah suatu yang malang dan boleh dielakkan jika pertikaian undang-undang mengenai hak pemilikan Equanimity dibenarkan terus dibuat di Amerika Syarikat (AS) sebelum sebarang penyitaan dilakukan Malaysia.

Ini kerana AS telah bersedia untuk membayar kos penyenggaraan Equanimity semasa perbicaraan berlangsung.

Jabatan Keadilan (DOJ) AS mendakwa kapal layar US $ 250 juta telah dibeli oleh Low menggunakan dana yang disalahgunakan oleh 1MDB.

Kapal itu telah dirampas di Indonesia pada bulan Februari. Ia kemudian diserahkan kepada Malaysia pada awal bulan ini.

Lihat Komen
ADS