Paling Popular
Terkini
story images
story images

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity sementara perbicaraan diteruskan.

Peguam plaintif, Ong Chee Kwan, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Khadijah Idris berhubung perkara itu.

"Mahkamah membenarkan permohonan untuk menjual (Equanimity) sementara dalam perbicaraan, yang bererti anda dapat arahan untuk menjual kapal layar itu sementara menunggu keputusan pemilikan aset itu.

"Langkah kami seterusnya adalah untuk memastikan kapal layar itu dijual secepat mungkin," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

Tiada perwakilan daripada Equanimity atau ahli perniagaan Jho Low hadir di mahkamah.

Jelas Ong, notis untuk penjualan segera itu telah diberikan kepada pemilik berdaftar Equanimity (Cayman) Ltd pada Rabu lalu. Syarikat berkenaan sebelum ini menafikan menerima notis itu.

Tambah Ong, sehingga kini, tiada pihak yang memfailkan penampilan kepada kes itu dan tempoh 14 hari untuk Equanimity Ltd berbuat demikian sudah tamat.

Ketika dihubungi kemudian, Ong menjelaskan bahawa meskipun Equanimity tidak lagi boleh memfailkan penampilan terhadap kes itu, pihak lain yang berminat seperti Low sendiri boleh berbuat demikian.

Sementara itu, peguam Jeremy M Joseph, yang juga mewakili 1MDB dan kerajaan, memberitahu pemberita bahawa langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan pakar bagi menilai harga kapal layar itu dan broker untuk menjualnya.

Sementara itu, Ong berkata, plaintif akan memohon penghakiman ingkar memandangkan tiada pihak lain yang menuntut kapal layar berkenaan di mahkamah Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS