Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada anugerah darjah kebesaran di keputeraan Agong tahun ini

EKSKLUSIF | Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tidak akan mengurniakan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda pada 9 September ini.

Seorang pegawai di pejabat perdana menteri mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

"(Sambutan) hanya ada titah daripada Agong dan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata seorang lagi sumber yang enggan dinamakan.

Malaysiakini difahamkan ini kali pertama Agong tidak akan mengurniakan darjah kebesaran pada hari keputeraannya.

Difahamkan senarai penerima tahun ini yang telah disediakan pentadbiran lalu akan disemak semula.

Perkara itu turut disebut bekas menteri Tan Sri Rais Yatim di twitter semalam.

"Syabas jika benar. Jangan hendaknya amalan was-was ufti terdahulu diteruskan termasuk di peringkat negeri," ciapnya.

Sultan Muhammad V menganugerahkan 1,518 darjah kebesaran ketika hari keputeraannya tahun lalu.

Sejumlah 48 individu dianugerahkan gelaran Tan Sri sementara tiga, iaitu bekas Presiden MIC Samy Vellu, bekas Timbalan Presiden MCA Michael Chen dan bekas Ketua Hakim Negara Md Raus Shariff mendapat gelaran tertinggi iaitu Tun.

Lihat Komen
ADS