Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PKR sepatutnya menukar namanya bagi melambangkan ia adalah parti India memandangkan parti itu mendakwa ia mempunyai lebih ramai anggota India berbanding MIC, kata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Beliau mengulas kenyataan bakal presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata partinya mempunyai lebih ramai anggota India berbanding MIC.

"Beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul. Anggota India di PKR terlalu banyak. Saya pun dengar mengenainya. Saya cadangkan beliau tukar nama PKR kepada parti India," sindir Vigneswaran ketika dihubungi Malaysiakini.

"Mungkin beliau perlu memberi jawatan timbalan presiden PKR kepada seorang anggota India di partinya sebagai satu pengiktirafan kepada jumlah ahli India di PKR," tambahnya.

Sebelum ini, Tamil Malar, sebuah akhbar harian Tamil memetik Anwar berkata sebagai MIC ibarat sebuah 'sekolah' yang tiada murid.

Menurut ketua umum Pakatan Harapan itu, , PKR secara rasmi mempunyai lebih banyak ahli bangsa India berbanding MIC, parti komponen BN, yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Anwar berkata demikian pada pertemuannya dengan pemimpin PKR berbangsa India di Perak di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, semalam.

"Hari ini MIC sudah menjadi sebuah sekolah yang tiada murid. Kaum India menyertai PKR sehingga partinya menjadi terbesar di Malaysia dari segi merangkumi ahli-ahli bangsa India."

Beliau turut mengesahkan pernyertaan kaum India di PKR merupakan satu pengiktirafan kepada parti menambat hati pengundi India.

Dalam perkembangan berasingan, sumber MIC parti memberitahu Malaysiakini bahawa kepimpinan kepimpinan parti itu bersetuju menangguhkan pemilihan MIC bahagian Bukit Bintang selama 14 hari susulan kekecohan melibatkan dua calon, semalam.

"Parti memutuskan penangguhan pemilihan MIC bahagian Bukit Bintang. Tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada jawatakuasa displin parti," kata sumber itu yang enggan mendedahkan namanya.

Semalam, calon ketua bahagian Bukit Bintang, T Ananthan membuat laporan polis mendakwa diserang oleh seorang ahli partinya.

Dalam laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Ananthan mendakwa beliau ditumbuk berkali-kali oleh ahli parti itu. Beliau turut meminta pihak polis mengambil tindakan selanjutnya.

 

Lihat Komen
ADS