Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Korban gempa bumi Lombok cecah 555 nyawa
Diterbitkan:  Aug 24, 2018 6:36 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

GLOBAL | Angka korban ekoran bencana gempa bumi yang melanda Lombok mencecah 555 setakat hari ini, kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Menurut Aljazeera hari ini, lebih 1,300 orang mengalami kecederaan dan 353,000 kehilangan tempat tinggal.

Sutopo dipetik berkata, bekalan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal masih diedarkan, termasuk 30,000 khemah dan 100 kerusi roda.

Pihak berkuasa menganggarkan gempa bumi itu telah menyebabkan kerugian berjumlah AS$348 juta dalam bentuk kerosakan, menurut laporan itu lagi.

Pada 29 Julai lalu, Lombok dan Nusa Tenggara Barat dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter dan mengorbankan sepuluh nyawa, termasuk seorang warga Malaysia.

Ia sekali lagi melanda seminggu kemudian, pada 5 Ogos, dan lebih kuat daripada sebelumnya iaitu pada 7 Skala Richter.

Menurut laporan Bernama 20 Ogos lalu, sebanyak 101 gempa susulan berlaku sejak gempa 5 Ogos itu.

Lihat Komen
ADS