20 anggota Taliban maut serangan udara di utara Afghanistan
GLOBAL | Dua puluh anggota militan maut manakala beberapa lagi cedera selepas pasukan keselamatan Afghanistan melancarkan serangan udara ke atas kubu Taliban di daerah Kohistan dalam wilayah Faryab, lapor agensi berita China Xinhua pada Jumaat.
Jurucakap tentera wilayah utara, Ahmad Jawed Salim, berkata serangan udara pada malam Khamis telah mengorbankan 20 anggota militan Taliban di tempat kejadian dan mencederakan beberapa orang lagi.
Militan Taliban, yang baru-baru ini berjaya menguasai beberapa kawasan dalam wilayah Faryab sekali gus meningkatkan tekanan ke arah ketidakstabilan ibu kota wilayah Maimana, bagaimanapun belum mengulas situasi di daerah Kohistan.
Tentera Afghanistan telah mempertingkat serangan darat dan udara ke atas militan Taliban di beberapa bahagian wilayah Faryab yang terjejas sejak beberapa minggu lepas.
- Bernama

