Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu tentera masih berkhidmat dengan Hishammuddin disiasat
Diterbitkan:  Aug 25, 2018 4:49 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau telah mengarahkan siasatan segera berhubung tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada menteri terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini melaporkan dua anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin walaupun setelah tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU ke-14.

Dua pegawai PASKAL itu masih dalam perkhidmatan dan hanya akan berakhir masing-masing pada 2020 dan 2021.

Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa dia antara individu yang dalam satu gambar yang dimuatnaik Hishammuddin di Twitter minggu ini.

Sumber ATM juga mendakwa ketiga-tiga anggota itu masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri.

Hishammuddin pula setakat ini belum membalas pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara ini.

Lihat Komen
ADS