GLOBAL | Senator Amerika Syarikat (AS) dan bekas calon presiden pada 2008, John McCain dilapormeninggal dunia di kediamannya pada usia 81 tahun hari ini.

McCain, seorang senator dari Arizona selama lebih tiga dekad dilapor menghidap penyakit glioblastoma, sejenis kanser otak agresif.

Keluarganya dikatakan menghentikan rawatan semalam.

Bekas juruterbang pesawat tempur tentera laut AS itu pernah menjadi tahanan perang di Vietnam selepas jetnya ditembak jatuh ketika dalam misi pengeboman di Hanoi.

Beliau kalah pada pilihan raya presiden 2008 kepada bekas Presiden Barack Obama.

Sebelum ini McCain juga merupakan antara pengkritik lantang presiden Donald Trump.

McCain pernah berkata, beliau tidak mahu Donald Trump menghadiri upacara pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia.

Beliau sebaliknya meminta Naib Presiden, Mike Pence mewakili Rumah Putih bagi tujuan itu.

- Reuters