Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BR1M perlu dihentikan sebab ada unsur rasuah, kata Azmin

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan BN terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagaimanapun sedang merangka inisiatif baru yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baru dalam hala tuju ekonomi negara di parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini (inisiatif baru) untuk memberdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak di Ipoh hari ini.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS