Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Johor berangkat lawatan rasmi ke Mongolia

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat ke Mongolia untuk lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut catatan laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, pesawat peribadi baginda berlepas pada 7.55 pagi tadi dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Anakanda baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman turut berangkat sama mengiringi Sultan Ibrahim ke Mongolia.

Menurut catatan terbabit, Sultan Ibrahim bertitah lawatan rasmi pertama baginda ke negara itu bukan sahaja akan meningkatkan hubungan dua hala antara Johor dan Mongolia, malah turut meneroka peluang pelaburan.

Lawatan Sultan Ibrahim ke Mongolia adalah atas jemputan rasmi Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga yang disampaikan oleh Duta Mongolia ke Singapura, George Lkhagvadorj Tumur pada Jun lalu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS