Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Adik Guan Eng jawab nepotisme: Saya ada pengalaman 20 tahun

PARLIMEN | Senator yang baru dilantik, Lim Hui Ying memaklumkan beliau memiliki pengalaman politik selama 20 tahun bagi menjawab dakwaan nepotisme daripada pemimpin BN.

Hui Ying ialah anak perempuan pemimpin veteran, Lim Kit Siang dan adik kepada setiausaha agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Saya sudah bersama parti selama kira-kira 20 tahun dan aktif terlibat dalam parti. Saya juga Setiausaha DAP Pulau Pinang.

"Jadi biarkan masa membuktikan hal ini dan melihat prestasi saya," beliau bercakap pada siang akhbar selepas mengangkat sumpah di Dewan Negara tengah hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri mengkritik pelantikannya sebagai nepotisme.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh juga dilaporkan berkata pelantikan Hui Ying akan "menggalakkan amalan nepotisme di kalangan ahli politik."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS