Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas IGP Khalid akan beri keterangan pada Suhakam kes Amri Che Mat

INKUIRI SUHAKAM | Bekas ketua polis negara Tan SRi Khalid Abu Bakar akan memberi keterangan pada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mengenai kes kehilangan Amri Che Mat.

Ini kali pertama, Khalid dipanggil mengenai kes kehilangan aktivis berkenaan yang berlaku ketika beliau menjadi ketua polis negara.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah WEng Kwai yang mempengerusikan panel siasatan awam itu mengesahkan hal tersebut ketika pendengaran hari ini.

Amri hilang pada malam 24 November 2016.

Isterinya, Norhayati Ariffin, sebelum ini mendakwa seorang anggota polis cawangan khas pada Mei tahun ini memaklumkan bahawa Amri telah diambil oleh polis Bukit Aman dan pasukan polis itu merupakan pasukan sama yang mengambil pastor Raymond Koh, yang hilang pada 13 Februari 2017.

Norhayati berkata pegawai yang dipersoalkan, sarjan Mohd Shamzaini Mohd Daud, telah membuat pendedahan itu berikutan perubahan kerajaan kerana dia tidak mahu terlibat dengan dakwaan penculikan itu.

Mohd Shamzaini telah menafikan dakwaan Norhayati, menjelaskan bahawa dia pergi bertemu Norhayati untuk bertanya mengenai sewa rumah kedai miliknya.

Siasatan hari ini mendengar keterangan tiga saksi - Pegawai Khas Cawangan Khas Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Mohd Azizie Abdul Hamid, adik perempuan Mohd Shamzaini Norhashimah Mohd Daud dan jurucakap NGO Perlis Hope, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Amri ialah pengasas bersama Perlis Hope, NGO yang beroperasi dari rumahnya di Kangar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS