Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Israel buka semula laluan pejalan kaki Erez-Gaza

GLOBAL |Israel memutuskan membuka semula laluan pejalan kaki yang menghubungkan Erez dengan Gaza pada Isnin, selepas ditutup sejak seminggu lalu, lapor agensi berita ANSAmed.

Pembukaan tersebut ekoran pengurangan ketara dalam keganasan di Semenanjung Gaza serta keadaan tenang sepanjang minggu lalu, umum Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman.

Lantaran itu juga, beberapa sumber melaporkan terdapatnya perbincangan tidak langsung antara Hamas dan Israel, yang diterajui Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mencari penyelesaian damai jangka panjang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS