Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM cekup bekas naib presiden MIC
Diterbitkan:  Aug 27, 2018 4:31 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas naib presiden MIC berpangkat tan sri kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram kira-kira RM6 juta.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 2.45 petang ini di pejabat SPRM Johor Bahru.

Katanya, suspek 64 tahun itu merupakan pengarah sebuah syarikat dan pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tahun lalu.

"Kali ini dia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu menerima, memindah dan menggunakan wang haram hasil rasuah menerusi akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta proksi," ujarnya.

Difahamkan, penahanan tersebut dilakukan kerana suspek bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Johor Bahru, esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Lihat Komen
ADS