Berita Malaysiakini

Kabinet dalam proses gubal RUU kebebasan maklumat

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Kabinet telah meluluskan untuk penggubalan rang undang-undang kebebasan maklumat dua bulan lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.

"Telah ada satu kelulusan kabinet yang dibuat pada 20 Jun lalu untuk menggubal akta kebebasan maklumat," katanya dalam sesi penggulungan perbahasan Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 di Dewan Negara hari ini.

"Bila akan gubal tak boleh (kata), saya tak boleh beri tarikh yang tepat," katanya.

Ketika ini, hanya kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang memperkenalkan enakmen kebebasan maklumat.

Dalam manifesto pilihan rayanya, HARAPAN berjanji untuk merombak akta rahsia rasmi (OSA) 1972.

[Baca berita asal]