Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie bebas dari tuduhan salah guna dana RM1.5b

PARLIMEN | Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dibebaskan daripada sebarang dakwaan salah laku semasa berkhidmat sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah suatu ketika dulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas Mohd Shafie pada 21 April 2017.

Katanya kertas siasatan berhubung kes berkenaan kemudian diserahkan kepada peguam kanan persekutuan pada 23 Mei tahun ini.

"Setelah diteliti semua keterangan yang ada, pendakwa raya memututuskan pada 20 Jun lalu, tiada pendakwaan akan dibuat kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan selanjutnya," kata Liew.

Anggota parlimen Batu Sapi itu berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu Jamilah Sulaiman (Partu Bersatu Sabah) membangkitkan soalan mengenai status siasatan kes yang dikaitkan dengan Mohd Shafie.

Mohd Shafie - kini anggota parlimen Semporna dan anggota dewan undangan negeri Senallang disiasat berhubung dana kerajaan bernilai RM1.5 bilion yang digunakan semasa beliau menjadi menteri antara 2009 hingga 2015.

Beliau ketika itu turut berkhidmat sebagai naib presiden Umno.

Ekoran isu skandal 1MDB Mohd Shafie mengambil sikap lantang mengkritik kepimpinan parti sehingga akhirnya beliau digantung keanggotaannya pada 24 Jun 2016.

Kurang dari dua minggu kemudian Mohd Shafie mengumumkan beliau keluar dari Umno. Pada pertengahan Okt 2016 beliau mengumumkan penubuhan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau kemudian ditahan SPRM pada 17 Okt 2017 bagi membantu siasatan mengenai dana berkenaan. Langkah itu dianggap pihak pembangkang ketika itu sebagai bermotifkan politik kerana kewujudan WARISAN dilihat boleh mengancam pengaruh BN di Sabah.

Turut ditahan ialah dua adik Mohd Shafie, iaitu Datuk Mohd Yusof dan Hamid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS