Berita Malaysiakini

Adik ipar Daim jadi penasihat ekonomi PM bukan isu, kata pensyarah

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pelantikan Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah isu, kata profesor ekonomi politik, Terence Gomez.

"Muhammed ialah seorang yang berintegriti ... Beliau bersungguh-sungguh membela golongan miskin, beliau ialah adik ipar Daim, tetapi beliau perlu dinilai berdasarkan kepakarannya dan bukan dengan adik siapa beliau berkahwin," kata pensyarah itu hari ini .

Beliau menjawab pertanyaan mengenai pelantikan Muhammed selepas melancarkan laporan mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Muhammed, yang merupakan adik ipar kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin, ialah bekas ketua penyelidik di Institut Penyelidikan Khazanah, ketua pakar ekonomi dengan Suruhanjaya Sekuriti dan penganalisis kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Pada tahun 2014, beliau menulis sebuah buku "The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia" yang menggambarkan betapa semakin Malaysia berjaya daripada segi ekonomi, jurang kekayaannya juga semakin melebar.

'Perhatian golongan miskin luar bandar'

Gomez berkata beliau yakin bahawa ahli ekonomi kelahiran Pulau Pinang itu akan dapat memberi nasihat berguna kepada perdana menteri.

"Justeru, tiada salahnya untuk seseorang yang hatinya dekat dengan golongan miskin, duduk di sisi perdana menteri yang hatinya pula dekat dengan perniagaan.

"Amat baik bagi Mahathir mempunyai seseorang seperti Muhammed  untuk sentiasa mengingatkan beliau (perdana menteri) supaya memberi 'perhatian kepada golongan miskin di luar bandar'," katanya.

Pelantikan Muammed sebagai penasihat ekonomi Mahathir berkuatkuasa semalam.

[Baca berita penuh]