Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johari: Saya tiada niat rampas jawatan MB dari Mukhriz

ADUN Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul berkata beliau tiada niat untuk menggantikan Timbalan Pengerusi BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

Beliau yang juga anggota parlimen Sungai Petani turut menyangkal ada komplot dalam PKR untuk merampas jawatan itu daripada BERSATU.

Ketika dihubungi, beliau berkata kenyataannya berhubung tawaran untuk mengosongkan kerusi parlimen Sungai Petani untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu telah disalah tafsir sesetengah pihak.

"Kata-kata 'I can do wonders in Kedah' (boleh melakukan perkara yang hebat di Kedah) dengan Anwar sebagai perdana menteri telah disalah tafsir," katanya.

Berbanding bekerjasama dengan Anwar atas kapasiti sebagai menteri besar, Johari berkata beliau sebenarnya merujuk kepada peranannya sebagai ADUN Gurun.

Berkaitan kenyatannya sebelum ini bahawa beliau sedia untuk menjadi menteri besar Kedah, beliau berkata ia hanyalah jawapan kepada soalan pemberita - berhubung sama ada beliau lebih cenderung untuk menjadi menteri kabinet atau menteri besar negeri itu.

"Saya ditanya jawatan apa yang saya akan pilih, jika diberi pilihan. Jadi saya pilih menteri besar. Tetapi isu itu tidak berbangkit sekarang," katanya lagi.

Dalam satu acara Ahad lalu, apabila Anwar selaku anggota parlimen Sungai Petani menjadi perdana menteri, ia akan memberi banyak manfaat kepada Kedah dan beliau sendiri ada idea bagaimana untuk memajukan negeri itu.

"Sebab itu saya mahu Anwar di Sungai Petani, untuk jadi perdana menteri dari Kedah. Bayangkan apa yang saya boleh buat jika ia berlaku," katanya seperti dipetik.

ekoran itu, Timbalan Pengerusi BERSATU Kedah Anuar Abdul Hamid mempersoalkan sama ada wujud komplot untuk menyingkirkan Mukhriz.

"Saya tafsir kenyataannya seperti berikut - jika Anwar jadi perdana menteri, maka akan berlaku rombakan menteri besar dan cxco dalam Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah," kata Anuar.

Dalam pada itu, Johari berkata PKR menyokong penuh Mukhriz selaku menteri besar negeri itu.

"Bersama-sama pimpinan PKR Kedah, kami memberi sokongan penuh kepada Mukhriz. Saya benar-benar berharap tiada percubaan untuk melaga-lagakan saya dengan beliau," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS