Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Maszlee: Guru jangan label pelajar kata-kata negatif

Golongan pendidik disaran menerapkan nilai manusiawi dalam proses pengajaran, sebagai usaha membina generasi masa depan yang berpekerti mulia.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah itu juga sekaligus dilihat mampu mendorong ke arah perubahan akhlak yang baik dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Jika sebelum ini, pelajar kita diterapkan dengan 3M iaitu menulis, membaca, mengira...saya rasa kita perlu tambah lagi satu M iaitu manusiawi.

"Sifat manusiawi ini perlu diterapkan oleh guru kepada setiap diri pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah lagi supaya dapat membentuk mereka dengan sahsiah yang baik seperti bersikap rajin dan pembersih," katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar Profesional Pendidik Guru Muda peringkat kebangsaan di Klang, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Penggerak Guru Muda Malaysia Rahmat Sholihin Mokhtar.

Maszlee berkata sebagai 'role model' kepada pelajar, golongan pendidik turut disaran menunjukkan nilai sahsiah yang positif untuk dicontohi.

"Peranan pendidik dan guru ini besar... untuk melahirkan pelajar yang baik pastikan guru itu juga mestilah seorang yang mempunyai sahsiah yang baik.

"Janganlah dilihat mengajar itu sebagai beban, berikanlah contoh yang baik ketika mengajar termasuklah tidak melabelkan pelajar itu dengan kata-kata yang negatif,“ katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS