Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan kaji ganti SPR, tukar sistem pemenang undi terbanyak

PRU14 pada 9 Mei lalu mungkin menjadi pilihan raya terakhir di Malaysia yang menggunakan sistem first past the post - FPTP - (pemenang undi terbanyak) dan yang terakhir dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketahui umum selama ini.

Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji kemungkinan menggantikan sistem FPTP dengan sistem yang dapat memastikan perwakilan berdasarkan nisbah undi yang diperolehi.

"Banyak orang mengadu FPTP ini tak adil, jadi kita sedang kaji sistem yang lebih proportionate.

"Maksudnya jika kamu mendapat 60 peratus undi, kamu mendapat 60 peratus kerusi," maklum Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bekas pengerusi SPR itu berkata satu lagi cadangan reformasi termasuklah merancang suatu kaedah undang-undang bagi menubuhkan "suatu badan pengurusan pilihan raya" yang akan menggantikan SPR.

"Boleh jadi SPR, mungkin boleh jadi yang lain, saya percaya negara akan masih memanggilnya Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Tetapi negara ini tidak mahu lagi suruhanjaya yang sebegini, jadi ia mungkin tidak akan dipanggil suruhanjaya lagi," kata Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU.

Terdapat 15 agenda reformasi pilihan raya yang akan disemak ERC.

Jawatankuasa ini memiliki masa selama dua tahun untuk menyiapkan cadangannya kepada kerajaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS