Berita Malaysiakini

Utusan setuju mohon maaf tanpa syarat pada Anwar

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini bersetuju mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dibuat ekoran laporan mereka yang memetik calon BN untuk pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi parlimen Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail.

Dalam laporan itu Mazlan mendakwa Anwar - yang mengalahkannya di kerusi berkenaan - menerima ribuan risalah yang mendakwa Anwar merasuah badan perundangan di negara ini.

Peguam Utusan Malaysia dan syarikat penerbitannya - Utusan Melayu (M) Bhd - Azhar Arman Ali berkata permohonan maaf itu akan disiarkan oleh akhbar berkenaan.

Bagaimanapun katanya tarikh siaran itu masih tidak ditetapkan kerana kedua-dua pihak belum memuktamadkan perkataan yang akan digunakan.

"Saya mendapat mandat hari ini untuk menyatakan Utusan bersetuju meminta maaf tetapi syarat dan perkataan akhir belum dimuktamadkan.

"Ia akan dilakukan pada 28 Sept ini," katanya.

Terdahulu Azhar Aiman bersama peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo; peguam TV3, Lim Qi Si; dan peguam Mazlan, Hasnal Rezua Merican bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaluddin di dalam kamarnya.

Minggu lalu media melaporkan bahawa Mazlan dan TV3 sudah bersetuju memohon maaf atas laporan tersebut.

[Baca berita penuh]