Berita Malaysiakini

Laman web SST 'crash' sebab ramai daftar saat akhir

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng minta maaf kerana laman web cukai jualan dan perkhidmaan (SST) tidak dapat diakses kerana 'crash'.

Pada taklimat media mengenai SST hari ini, dua hari sebelum peralihan kepada sistem percukaian baru, beliau berkata gangguan teknikal laman web itu hanya dapat dipulihkan 10 malam tadi.

"Kita dah buat online, tapi ada masalah juga, ramai yang daftar, ada system crash, ada tergendala, hadapi masalah teknikal, tapi saya difahamkan bahawa ia telah pun diperbaiki dan berjalan lancar.

"Kita tengok pendaftaran yang dibuat secara online sekarang semua dah okay, saya nak minta maaf apabila kastam diberitau sistem ada crash, hanya pulih pada 10 malam, saya minta maaf sekiranya ada sebarang kelemahan," katanya.

Manakala itu, Pengarah Jabatan Kastam dan Eksesais, Datuk T Subromaniam berkata sikap rakyat Malaysia yang mendaftar pada saat akhir menjadikan sistem berhadapan gangguan teknikal (crash).

"Saya perlu jelaskan, terdapat sebab kenapa (laman web crash). Kami sedang melakukan peralihan daripada pendaftaran manual kepada dalam talian," katanya.

Beliau berkata penghijrahan ini melibatkan kerja utama termasuk pendaftaran dan permohonan pengecualian cukai, yang mana jabatannya mempunyai masa kurang dari dua setengah bulan untuk menyiapkannya.

Beliau berkata sistem itu kini berfungsi dengan baik dan menjelaskan para pegawai terpaksa menghentikan sistem pendaftaran ketika memuat naik kandungan di laman web pada masa yang sama.

[Baca berita penuh]