Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kerajaan melantik Petron sebagai “salah satu” pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan.

Surat berkaitan kini tular kerana salah seorang anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, menjadi pengarah syarikat induk Petron, Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.

Malaysiakini telah mengesahkan dengan sumber kerajaan bahawa surat itu diedarkan kepada kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Surat itu menyebut Petron akan menjadi “"salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui kad inden".

Ia juga menyebut Kementerian Kewangan berharap pelantikan Petron "akan dapat memberi pilihan dan alternatif yang lebih baik kepada pembekal bahan api sedia ada".

Bagaimanapun, tidak jelas berapa pembekal bahan api dilantik oleh kerajaan.

Mirzan telah menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010. Beliau ketika itu mempunyai 1,000 saham.

Bawah peraturan syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi pengarah.

Bagaimanapun, Petron Malaysia pada 2013 berkata Mirzan tidak mempunyai sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Internet mengkritik langkah itu dengan berkata pada mas lalu kesemua kenderaan kerajaan menggunakan khidmat Petronas.

Petron bukan satu-satunya dikaitkan dengan keluarga Mahathir yang menjalankan urus niaga dengan kerajaan.

Sebelum ini, nama seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, muncul selepas sebuah syarikat dianugerahkan kontrak pemasangan dan penyelenggaraan Internet jalu lebar Unifi oleh Telekom Malaysia.

Opcom berkata akan terus membida kontrak-kontrak syarikat berkaitan kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS