Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Petronas patut jadi pembekal tunggal'
Diterbitkan:  Aug 30, 2018 5:44 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Kerajaan perlu menjejaskan kewajarannya memilih Petron sebagai “salah satu” pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan, kata Datuk Razlan Rafii.

“Banyak persoalan boleh ditimbulkan, eloklah kerajaan memberi penjelasan agar tidak ada yang salah sangka mengatakan ianya ada kepentingan kepada Keluarga Perdana Menteri,” kata bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

Kenyataan itu dibuat setelah surat pemilihan Petron, syarikat yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, itu tular.

Sumber kerajaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa surat itu asli dan diedarkan kepada kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Mirzan, adalah pengarah syarikat induk Petron, Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.

Beliau menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010. Beliau ketika itu mempunyai 1,000 saham.

Bawah peraturan syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi pengarah.

Bagaimanapun, Petron Malaysia pada 2013 berkata Mirzan tidak mempunyai sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.

'Petronas sepatutnya pembekal tunggal'

Dalam kenyataan petang ini, Razlan berkata Petronas sepatutnya menjadi syarikat tunggal untuk membekalkan perkhidmatan itu kepada kerajaan.

Katanya, ini memandangkan statusnya sebagai syarikat utama dalam negara yang menyalurkan hasil kepada kerajaan.

“...dan ini akan memberi kebaikan kepada syarikat dan negara serta rakyat,” kata naib ketua Umno bahagian Seputeh, Kuala Lumpur.

Razlan juga membangkitkan sama ada pelantikan Petron dibuat melalui tender rerbuka seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.

Lihat Komen
ADS